Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PSLE: Lebih 98% berjaya masuk ke sekolah menengah

Nov 21, 2019 | 05:13 PM



SERAMAI 98.4 peratus atau 39, 622 murid darjah enam yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini, berjaya melangkah ke sekolah menengah - peratusan sama yang dicatatkan buat tahun ke-empat berturut-turut.



Peratusan ini kekal sebagai prestasi terbaik kohort sejak peperiksaan nasional itu diperkenalkan pada 1960.



Secara keseluruhan, sejumlah 40, 256 murid darjah enam menduduki PSLE tahun ini, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE). 



Daripada jumlah tersebut, 66.3 peratus layak ke aliran Ekspres, 21 peratus ke aliran Normal Akademik dan 11.2 peratus ke aliran Normal Teknikal.



Seramai 634 pelajar atau 1.6 peratus tidak layak untuk melangkah ke mana-mana aliran.

Sementara itu, murid yang layak ke sekolah menengah juga telah menerima borang pilihan sekolah Menengah Satu (S1).



Keputusan S1 akan dikeluarkan pada 20 Disember. Murid perlu melaporkan diri ke sekolah menengah yang mereka terima pada 8:30 pagi pada 23 Disember.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >