PARTI Kemajuan Singapura (PSP) melancarkan manifestonya semalam, sedang spekulasi terus menyelubungi pencalonan Encik Lee Hsien Yang, yang mengunjungi Tanglin Halt dan Pusat Penjaja Tanglin, yang merupakan sebahagian GRC Tanjong Pagar, hujung minggu lalu.
Didaftarkan pada Mac tahun lalu, parti itu akan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama namun akan mengemukakan kontinjen terbesar pembangkang.