Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PSP lancar sayap wanita

Jan 31, 2021 | 05:30 AM



PARTI Kemajuan Singapura (PSP) melancarkan sayap wanitanya semalam bagi bekerjasama dengan aktivis dan parti politik lain untuk menghasilkan idea bagi dasar alternatif.



Ia akan meninjau bidang-bidang seperti diskriminasi seksual, gangguan dan status tempat tinggal bagi pasangan asing, kata ketua sayap itu, Cik Wendy Low, dalam satu sidang media di ibu pejabat parti di Pusat Beli-Belah Bukit Timah.



Peguam berusia 44 tahun itu sebahagian daripada pasukan lima ahli PSP yang kalah di GRC Tanjong Pagar pada pilihan raya umum tahun lalu.



Sayap wanita itu dibentuk Ogos lalu dan mempunyai 250 ahli. PSP mempunyai sekitar 2,000 anggota.



Cik Low berkata sayap itu dimulakan setelah pilihan raya kerana jumlah calon wanita yang bertanding meningkat, di samping peningkatan jumlah Anggota Parlimen wanita di Parlimen.



Cik Hazel Poa satu-satunya wakil wanita daripada PSP di Parlimen. Beliau dan Encik Leong Mun Wai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).



Mereka calon PSP yang kalah di GRC West Coast dalam pilihan raya tahun lalu tetapi menerima peratusan undi tertinggi dalam kalangan calon pembangkang yang tewas. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >