Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PSP: Leong Mun Wai, Hazel Poa, isi jawatan NCMP

Jul 14, 2020 | 06:29 PM



PARTI Kemajuan Singapura (PSP) telah memilih  penolong setiausaha agungnya, Encik Leong Mun Wai dan timbalan pengerusi Cik Hazel Poa bagi jawatan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) yang diserahkan kepadanya menyusuli Pilihan Raya Umum baru-baru ini.



Pengumuman ini dibuat ketua PSP, Dr Tan Cheng Bock dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti di Pusat Beli-Belah Bukit Timah tadi (Selasa, 14 Julai).



Dr Tan sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak akan mengambil jawatan tersebut kerana pernah bergelar Anggota Parlimen ketika berkhidmat bersama Parti Tindakan Rakyat (PAP). Beliau malah ingin rakan-rakannya mengalami sendiri perdebatan di Parlimen dan memahami prosesnya.



Encik Leong dan Cik Poa adalah antara anggota pasukan PSP yang bertanding di GRC West Coast dan meraih undian 48.31 peratus. Mereka menentang pasukan PAP yang dipimpin Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran. Peratusan undi itu adalah yang tertinggi dalam kalangan mereka yang tewas dalam Pilihan Raya Umum pada 10 Julai lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >