Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PTC dedah cadangan untuk memperbaiki pengangkutan awam

Aug 01, 2016 | 02:51 PM

BEBERAPA cadangan telah dikeluarkan oleh Majlis Pengangkutan Awam (PTC) tentang cara-cara untuk menjadikan pengangkutan awam lebih mesra keluarga, warga tua dan juga pengguna kerusi roda.

Antara cadangan yang telah diberikan termasuk menukar reka bentuk bas supaya penumpang akan lebih terdorong untuk masuk ke belakang serta mewujudkan laluan pejalan kaki bergerak atau 'travelator' di stesen-stesen MRT untuk memudahkan warga tua.

Kesemua cadangan tersebut telah dikeluarkan dalam satu laporan yang dibentangkan PTC hari ini, hasil perundingan awam selama enam bulan yang bermula awal tahun ini.

Pandangan seramai 2,600 penumpang telah didapatkan melalui temu ramah secara mendalam, perbincangan kumpulan fokus dan tinjauan.

Hasil daripada usaha tersebut telah diberikan minggu lepas kepada Menteri Pengangkutan.

Antara isu-isu yang ditekankan oleh penumpang termasuk kesesakan dalam pengangkutan awam dan stesen, kebolehpercayaan dan kemudahan akses.

Sebagai respons terhadap kebimbangan penumpang, majlis tersebut telah memberikan beberapa cadangan seperti membenarkan kereta sorong kanak-kanak yang tidak dilipat untuk menaiki bas, yang akan memudahkan perjalanan keluarga yang mempunyai anak kecil.

Pengerusi PTC Encik Richard Magnus berkata kebimbangan yang dibangkitkan oleh penumpang melalui tinjauan itu mungkin kelihatan kecil tetapi penting untuk diambil secara kolektif dan dilihat dalam konteks 7.9 juta perjalanan setiap hari.

"Cadangan hanya akan benar-benar boleh membawa perubahan kepada perjalanan penumpang jika pihak berkepentingan yang relevan mempertimbangkan perlaksanaannya," katanya.

Dalam sebuah blog pos, Menteri Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan berkata bahawa beliau menyokong penuh tumpuan PTC kepada penumpang.

Beliau juga menambah bahawa sistem pengangkutan perlu lebih "mesra warga tua, kanak-kanak dan inklusif".

"Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan mengkaji laporan PTC dan berusaha untuk melaksanakan cadangan berguna yang banyak terkandung di dalamnya," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3