Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PTC semak formula, mekanisme tambang pengangkutan awam

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Pengangkutan Awam (PTC) telah mula menyemak formula dan mekanisme penyesuaian tambang pengangkutan awam.



Semakan sedemikian biasanya dilakukan sekali setiap lima tahun.



Ia menyasarkan untuk selesaikan semakan itu menjelang separuh pertama tahun depan dan melaksanakan hasil semakan itu daripada latihan Semakan Tambang tahun depan.



Antara lain, syarat panduan bagi semakan itu akan mengambil kira keberkesanan formula dan mekanisme penyesuaian tambang masa kini dengan menimbangkan perubahan pada industri pengangkutan awam dan corak ulang alik.



Ia juga akan menimbangkan serta cara terbaik mengekalkan keseimbangan bagi memastikan tambang pengangkutan awam berada dalam kemampuan, dan memastikan kemampanan kewangan sistem pengangkutan awam.



Majlis tersebut akan membuat runding cara dan melibatkan mereka yang berkepentingan seperti penumpang, pengendali pengangkutan awam, gerakan buruh dan pakar pengangkutan.



Formula dan mekanisme penyesuaian tambang masa kini akan kekal sah untuk latihan Semakan Tambang tahun ini.



PTC dipengerusikan oleh pengerusi Politeknik Singapura (SP) dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Cik Janet Ang, yang menjadi wanita pertama yang mengetuai kumpulan itu yang mengawal tambang MRT dan bas.



Beliau menggantikan mantan tempat hakim daerah kanan, Encik Richard Magnus, yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Mac lalu.



Sebagai pengerusi PTC, Cik Ang akan menyelia semakan tambang - di mana corak perjalanan penumpang mungkin berubah dengan banyak selepas Covid-19 melanda.



Beliaudilantik bersama 15 anggota lain ke PTC untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Mei lalu sehingga 30 April 2025.



Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan sebelum ini bahawa Cik Ang akan meneruskan legasi mendiang Encik Magnus dalam memastikan tambang pengangkutan awam kekal dalam kemampuan.



Cik Ang juga adalah duta bukan penduduk ke Vatican dan pengerusi Institut Sains Sistem Universiti Nasional Singapura (NUS).



Mulai 26 Disember lalu, tambang kad untuk pengangkutan awam bas dan kereta api naik 1 hingga 4 sen bagi setiap perjalanan.



Pemegang kad dewasa membayar lagi 3 sen bagi perjalanan sehingga 14.2 kilometer dan tambahan 4 sen bagi perjalanan melebihi jarak itu.



Bagi pemegang kad konsesi yang termasuk pelajar, warga emas, individu kurang upaya dan mereka yang menerima konsesi pengangkutan Skim Daya Kerja, kenaikan tambang dihadkan kepada 1 sen.



Ini bermakna sekitar 2 juta warga Singapura atau satu dalam dua penumpang di sini akan terus menerima tambang bersubsidi.



Pada masa yang sama, PTC menyatakan tiada perubahan bagi tambang bas yang dibayar secara tunai dan pembayaran untuk tiket bagi satu perjalanan kereta api.



Kali terakhir tambang perjalanan bas dan kereta api awam diubah adalah pada 2019 dengan tambang bagi dewasa naik 9 sen dan tambang konsesi naik 4 sen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >