Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Puan Halimah: S’pura dan Belanda kongsi hubungan jangka panjang, prinsip serupa bagi perdagangan

Nov 22, 2018 | 04:30 PM



Singapura dan Belanda mempunyai hubungan jangka panjang sejak awal kemerdekaan Singapura, dan kededua negara terus berkongsi hubungan ekonomi yang kukuh dan cara yang sama bagi mengamati dunia, kata Presiden Halimah Yacob, pada Rabu (21 November).



Ini termasuk ‘komitmen yang sama’ untuk menyokong prinsip hubungan berbilang hala, perdagangan bebas dan undang-undang, kata Puan Halimah, di jamuan negara yang diadakan baginya oleh Raja Willem-Alexander di Istana Diraja Amsterdam.



Puan Halimah sedang mengadakan kunjungan negara lima hari ke Belanda, ketua negara pertama dari Singapura yang melawat negara itu.



“Kita adalah dua negara yang berpandang ke hadapan, dan yang mempunyai ekonomi terbuka serta pelabuhan dan lapangan terbang kelas dunia, “ kata Puan Halimah.



Beliau turut menggariskan beberapa sumbangan perintis Belanda kepada Singapura selepas ia merdeka, seperti juruekonomi Albers Winsemius dan pakar melombong Kal Willem Benjamin van Kleef.


Jamuan negara itu dihadiri 190 tetamu, termasuk Raja Willem-Alexander, Queen Maxima dan bekas permaisuri Ratu Beatrix.



Raja Willem-Alexander berkata Belanda menghargai hubungan yang dijalin dengan Singapura, ‘negara yang tidak gentar mendakapi masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >