Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Puan Halimah: Saya akan jadi Presiden untuk semua warga

Angkat sumpah jawatan hari ini untuk jadi Presiden wanita pertama, ketua negara Melayu kedua selepas Yusof Ishak
Sep 14, 2017 | 05:30 AM



RATUSAN penyokong berbaju jingga semalam membanjiri pusat penamaan calon di Jalan Besar, berganding bahu memberi sokongan padu kepada Puan Halimah Yacob dan sekali gus menyaksikan detik bersejarah pemilihan Presiden wanita Singapura yang pertama dan Presiden Melayu yang kedua selepas Presiden Yusof Ishak, 47 tahun lalu.



Sekitar 12 tengah hari semalam, ratusan penyokong bersorak apabila Pegawai Pilihan Raya, Encik Ng Wai Choong, mengumumkan Puan Halimah, 63 tahun, menang tanpa bertanding dan diisytiharkan sebagai Bakal Presiden.



Puan Halimah dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Presiden dalam satu upacara di Istana hari ini - dan secara rasmi menjadi Presiden Singapura yang kelapan.



Dalam ucapannya kepada penyokong, ada yang tiba seawal 7.30 pagi semalam, Puan Halimah akur terdapat rasa kurang selesa tentang adanya pilihan raya diperuntuk bagi calon Melayu.



Namun beliau berikrar:



"Biarpun ini satu pilihan raya diperuntuk, saya bukan presiden diperuntuk, saya mahu jadi presiden untuk semua."



Mantan Speaker itu merupakan satu-satunya calon diberikan sijil kelayakan justeru layak bertanding.



Semasa berucap Puan Halimah yang diiringi suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, dan pencadang Encik Teo Siong Seng, menambah bahawa pemilihan beliau sebagai Presiden juga menunjukkan keberkesanan dasar berbilang kaum Singapura di mana setiap warga berpeluang mencapai jawatan tertinggi negara.



"Saya berasa ini menunjukkan bahawa di Singapura, kita memberi peluang kepada semua tidak kira bangsa atau agama. Dan ini adalah satu contoh yang baik bagi Singapura.



"Ia menunjukkan bahawa jika kita diberi peluang, jika ada sokongan, tidak kira apa sahaja bangsa kita, kita dapat mencapai ke tahap yang kita kehendaki, insya-Allah," katanya ketika berucap dalam bahasa Melayu.



Semasa diminta mengulas tentang adanya rasa kurang senang kerana tiada pertandingan dalam pilihan raya presiden kali ini, Puan Halimah berkata ia tidak mengurangkan keinginannya berkhidmat.



"Tidak kira ada pertandingan atau tidak janji saya adalah benar-benar berkhidmat kepada setiap warga. Saya akan berkhidmat dengan penuh kesungguhan, kerja keras dan dengan tahap keinginan dan komitmen yang sama seperti empat dekad lalu," ujar beliau ketika ditemui media.



Biarpun keputusan pilihan raya sudah dijangka sejak Puan Halimah diberi sijil kelayakan Isnin lalu, beliau tetap perlu menjalani proses penamaan calon - yang berjalan lancar semalam.



Awal daripada itu, di sebalik langkah keselamatan yang ketat - penyokong perlu menjalani pemeriksaan keselamatan dan pasukan polis khas, polis berseragam dan berbaju preman kelihatan membuat pengawalan - Puan Halimah tiba di pusat penamaan calon di ibu pejabat Persatuan Rakyat di Jalan Besar sekitar 11.15 pagi.



Beliau diiringi rombongan yang dimuatkan dalam empat van.



Puan Halimah juga mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang dipilih sebagai Presiden Singapura.



Dalam ucapannya kepada penyokong, Puan Halimah berkata:



"Setiap wanita boleh bercita-cita mencapai jawatan tertinggi negara - jika anda mempunyai keberanian, tekad dan keinginan mahu bekerja keras."



Mengakhiri ucapannya, Puan Halimah berkata masa memilih Presiden telah berakhir.



"Dan sekarang adalah masa kita menumpu bagaimana membina Singapura supaya ia menjadi sebuah masyarakat yang lebih maju yang dapat memberi lebih banyak kepada meningkatkan taraf kehidupan rakyat kita," ujar Puan Halimah.




PM yakin Puan Halimah mampu cemerlang



"Puan Halimah telah menjadi seorang ahli kesatuan sekerja, pemimpin masyarakat, Anggota Parlimen, Menteri Negara, dan Speaker. Beliau akan membawa pengalaman luasnya bekerja bersama warga Singapura daripada setiap latar belakang, dan memperjuang nasib pekerja dan golongan kurang bernasib baik ke Jawatan Presiden...

Saya yakin Puan Halimah akan memenuhi peranannya dengan cemerlang."

- PM Lee Hsien Loong.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >