Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Puan Halimah seru lakukan lebih banyak bagi kesihatan mental pelajar

Dec 18, 2020 | 05:30 AM



INSTITUISI pendidikan boleh melakukan lebih banyak bagi mewujudkan ruang selamat bagi pelajar yang mungkin mengalami masalah mendapatkan bantuan bagi isu berkaitan kesihatan mental, kata Presiden Halimah Yacob.



Semasa satu lawatan ke Politeknik Republic semalam, beliau berkata pelajar mungkin tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu pensyarah atau guru mereka atau mereka mungkin fikir ada stigma berkaitan isu kesihatan mental.



"Kita perlu menyediakan sekitaran selamat bagi pelajar agar mereka berasa tidak mengapa, 'saya mempunyai masalah kesihatan mental, saya boleh mendapatkan bantuan dan saya akan mendapatkan bantuan dan saya boleh melakukannya dengan baik," katanya.



Puan Halimah berkata demikian selepas meninjau Pusat Jagaan Pelajar yang bertujuan membantu pelajar berhubung isu kesihatan mental serta keperluan pendidikan khas, selain keperluan lain.



Pusat seluas 208 meter persegi itu dibuka semula Jun tahun lalu selepas satu kerja naik taraf.



Ia kini mempunyai dua bilik persidangan, lima bilik kaunseling, dua bilik deria dan perpustakaan teknologi bantuan yang membolehkan pelajar berkeperluan khas meminjam alat bantuan pembelajaran.



Bilik deria ialah bilik privet dan sunyi bagi pelajar yang mungkin terdedah kepada isu kecemasan atau serangan panik. Ia menawarkan ruang bagi pelajar menenangkan diri apabila berasa bimbang di sekolah.



Puan Halimah menyambut baik usaha politeknik itu dalam menyediakan sokongan bagi pelajarnya.



Menurut politeknik itu, sebelum pandemik Covid-19, sekitar 20 hingga 30 pelajar melawat Pusat Jagaan Pelajar itu setiap hari bagi pelbagai sebab - daripada pertanyaan bantuan kewangan, kaunseling dan biasiswa kepada isu sokongan pelajar, seperti khidmat bas dan cara meminjam alat teknologi bantuan.



Puan Halimah juga mengunjungi makmal teknologi pertanian politeknik itu semasa lawatannya.



Makmal itu, yang menggunakan teknologi untuk mengoptimumkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, digunakan selalunya oleh pelajar Sekolah Aplikasi Sains.



Ia turut menjadi hos kepada pelajar dewasa Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET).



"Makmal ini menawarkan platform bagi pelajar meraih pengalaman sebenar dalam industri agriteknologi.



"Oleh itu saya rasa dengan cara ini, RP sedang menyokong matlamat '30 menjelang 30' serta membantu mengembangkan industri," kata Puan Halimah.



Matlamat '30 menjelang 30' ialah rancangan Singapura menghasilkan 30 peratus makanan tempatan menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >