Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR LEBARAN: PAHIT MANIS RAYA

PUAN NOOR AISHAH: Masih terkenang persiapan Raya di Istana

Jul 06, 2016 | 05:30 AM



SUDAH 46 tahun Puan Noor Aishah Salim meninggalkan kehidupan di Istana, namun beliau masih mengingat lagi setiap detik sambutan Hari Raya bersama suaminya di sana.



Walaupun sudah berusia 83 tahun, mantan wanita pertama dan isteri presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak, itu tersenyum mengenang kembali kisah Lebaran di Istana.



Menurut Puan Noor Aishah, pada hari pertama Hari Raya beliau dan pembantunya akan sibuk memasak hidangan untuk tetamu yang datang ke Istana.



"Apabila Hari Raya ramai datang dalam 200, 300 orang. Hari Raya yang pertama tu kita makan macam biasalah. Buat ketupat, buat rendang, buat lauk-pauk semua.



"Baru-baru ini, saya jumpa seorang kawan yang kata, 'Alah Puan, saya rindu makanan anda! Hari Raya tiada lagi makanan seperti di Istana semasa anda berada di sana.' Yalah, apa nak buat. Kita tidak boleh tinggal di situ selamanya," kata beliau, yang hidup di Istana selama 11 tahun.



Puan Noor Aishah berkata biasanya tetamu yang datang ke Istana pada hari pertama Raya merupakan diplomat dan menteri.



Beliau turut menceritakan bahawa beliau dan Allahyarham Yusof Ishak suka makan ketupat, namun pasangan itu tidak gemar makan ayam.



"Kita dua orang tak makan ayam tapi kita buat juga ayam untuk orang datang. Tapi kita sendiri tak makan," kata nenek 10 cucu dan dua cicit itu.



Kuih Hari Raya kegemaran Puan Noor Aishah pula ialah kuih tart dan beliau telah pergi ke dua atau tiga tempat untuk belajar membuat kuih tart, katanya.



"Saya buat kuih tart di Istana dalam bentuk buah. Saya letak satu tangkai bunga cengkih. Saya gunting bahagian atasnya. Dulu-dulu, orang buat kuih tart macam itu.



"Tart buah tu mesti saya buat. Hari Raya mesti siap beberapa botol sebab ramai orang datang," kata beliau.



Meskipun Hari Raya di Istana penuh dengan kenangan, ada satu kenangan sedih yang tidak akan dapat Puan Noor Aishah lupakan. Allahyarham Yusof Ishak meninggal dunia seminggu sebelum Hari Raya pada 23 November 1970.



"Lagi seminggu nak Hari Raya, beliau meninggal. Masa itu dah nak dekat Raya. Saya kena buat juga kuih sikit-sikit. Beliau tak kasi saya buat. Beliau kata 'Awak jangan buatlah. Untuk apa? Jangan.' Kuih yang saya buat semua tak jadi," kata beliau.



Sejak 1985 sehingga 2010, Puan Noor Aishah meluangkan masa Ramadan dan Hari Raya di tanah suci.



Persiapan Hari Raya Puan Noor Aishah tahun ini sederhana kerana beliau kurang sihat. Beliau kini perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu.



Sejak 2010, Puan Noor Aishah berkata beliau akan menyambut Hari Raya di luar negara bersama anaknya atau menyambut bersama mereka di sini.



"Nak buat macam mana? Anak-anak semua berkumpul masa Raya. Saya pergi Brunei, Raya di sana. Kadangkala saya tak pergi, mereka akan datang. Kita masak-masak juga dan makan sendiri," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >