WALAU apa jua cabaran yang dihadapi, pensyarah kanan dan mentor Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Encik Ahmad Loqman Ishak, berharap pelajarnya akan kekal dalam sektor kelautan yang menawarkan banyak peluang pekerjaan pada masa akan datang.
Beliau yang mengajar kursus kelautan dan luar pesisir itu akur sesetengah pelajar yang dibimbing datang daripada keluarga kurang berkemampuan dan di ITE bukan atas pilihan peribadi atau kemahuan fikiran.