Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Puas bangun, persiap operasi pusat perubatan Penjara Changi

Baru-baru ini, 100 jururawat menerima anugerah bagi mengiktiraf sumbangan mereka. BERITA HARIAN memaparkan kisah tiga jururawat yang menerima anugerah itu.
Jul 20, 2020 | 05:30 AM



APABILA Encik Noor Hafiz Hassan menceburi bidang kejururawatan sekitar 20 tahun lalu, beliau tidak jangka akan bekerja di pusat perubatan Kompleks Penjara Changi.



Pengurus kanan jururawat di syarikat Parkway Shenton itu menyifatkan pusat perubatan tersebut sebagai unik.



Persekitaran kompleks tersebut berbeza jika dibandingkan dengan hospital biasa.



Selain itu, pesakit yang dirawat di pusat perubatan semuanya banduan.



Beliau ditugaskan di unit perubatan yang rumit.



Mereka merawat banduan yang baru pulang daripada menjalani pembedahan dari hospital, banduan yang memerlukan pemantauan lebih ketat dan banduan yang baru dimasukkan ke penjara.



Encik Hafiz bekerja bersama lebih kurang 20 jururawat yang lain dalam unitnya.



Antara cabaran harian yang beliau hadapi adalah merangsang staf yang bekerja di bawahnya seliaannya supaya bersikap positif dan saling berjaga-jaga.



Memandangkan bahawa penjara tersebut agak besar saiznya, jumlah pesakit juga tinggi.



Oleh itu, setiap hari, beliau selalunya mengalami sesuatu yang baru dengan pesakit-pesakit yang berlainan.



Namun, terdapat juga rutin lazim yang dilakukan setiap hari seperti pensterilan alat-alat dan membantu pesakit dengan keperluan harian mereka.



Sebelum ini, Encik Hafiz ditugaskan sebagai pengurus jururawat untuk mengendalikan empat pusat perubatan merangkup Akademi Pertahana Awam (CDA), Home Team, HQ Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Kontingensi Ghurka dalam projek bersama Kementerian Ehwal Negara (MHA).



Pengalaman beliau selama 17 bulan penting dalam membangun dan menyiapkan pusat perubatan itu untuk mula beroperasi, mengikut piawaian Kementerian Kesihatan (MOH).



Pimpinan beliau dalam projek tersebut telah memaparkan kemahiran dan kecekapan diri dalam kerjanya.



Justeru, beliau telah dipilih menjadi antara pemenang Anugerah Merit Jururawat (NMA) pada tahun ini.



"Saya berasa amat berbesar hati menerima anugerah ini. Saya tidak sangka saya dicalonkan, apa lagi menjadi pemenang," kata Encik Hafiz.



"Anugerah ini bukan sahaja untuk saya tetapi satu pengiktirafan bagi syarikat saya dan rakan-rakan kerja yang bekerja bersama saya di penjara.



"Mungkin sekarang, lebih ramai yang akan sedar bahawa kami di penjara juga bekerja keras untuk memenuhi semua keperluan kesihatan pesakit."



Salah satu peristiwa yang beliau tidak dapat lupakan adalah apabila salah seorang pesakitnya mengalami kod biru iaitu pengsan dan tidak ada degupan jantung atau hampir mati tetapi pulih kembali.



"Saya rasa lega dan bersyukur kerana apabila saya renung semula, semua yang saya pelajari dapat dipraktikkan ketika memberikan respons dalam kecemasan sebegitu".



Beliau akui bahawa untuk menjadi seorang jururawat, bukan senang.



Tugas itu memerlukan daya tahan dan kesabaran yang tinggi.



Namun, pada akhir hari, pekerjaan ini memberikan beliau banyak kepuasan.




"Saya berasa amat berbesar hati menerima anugerah ini... Anugerah ini bukan sahaja untuk saya tetapi satu pengiktirafan bagi syarikat saya dan rakan-rakan kerja yang bekerja bersama saya di penjara.

Mungkin sekarang, lebih ramai yang akan sedar bahawa kami di penjara juga bekerja keras untuk memenuhi semua keperluan kesihatan pesakit."

- Encik Noor Hafiz Hassan, pengurus kanan jururawat di syarikat Parkway Shenton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >