SEPERTI ramai bapa, Inspektor Mohd Yazid Abdullah ghairah untuk menghantar anak lelakinya yang baru masuk darjah satu pada hari pertama sekolah.
Tetapi apabila mendapat tahu beliau ditugaskan ke Surabaya sebagai sebahagian daripada pasukan Pengenalan Mangsa Bencana (DVI) bagi mangsa pesawat AirAsia QZ8501, bapa dua anak itu tahu perlunya berkorban dan melaksanakan tugasnya dengan baik.