Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSONALITI

Puas hati urus acara selebriti meski hadapi banyak cabaran

Jun 03, 2018 | 05:30 AM



BAYARAN tidak lumayan, tetapi memuaskan.



Begitulah menurut Cik Nooradilah Omar, 33 tahun, salah seorang pekerja bebas yang terlibat di belakang tabir dalam acara-acara melibatkan selebriti di Singapura sejak meninggalkan pekerjaan sepenuh masanya dua tahun lalu.



Beliau mula terlibat dalam bidang tersebut selepas membantu dalam satu acara amal.



Sejak itu, hasil pengalaman yang diraih, beliau menguruskan acara konsert, karnival, temu mesra, gala perdana dan sambutan hari lahir.



Dibayar dengan lumayan adalah perkara subjektif bagi ibu dua anak ini kerana beliau suka dengan pekerjaannya. Beliau berasa puas apabila dapat menyaksikan sendiri acara yang dianjurkan berjalan lancar.



Lagipun, kata Cik Nooradilah, setiap projek berbeza dan bergantung kepada apa yang seseorang itu cari dan sama ada ia sesuai dengan usaha yang diberikan bagi setiap projek itu.



"Tugas saya berbeza-beza, daripada mendapatkan perjanjian untuk pelanggan, berunding dengan artis yang terlibat, menjaga kesejahteraan tetamu dan artis, menulis skrip untuk hos, merancang jadual perjalanan, program pentas dan menetapkan wawancara dengan media hinggalah mendapatkan tajaan dan sebagainya," jelasnya.



Sejak berkecimpung dalam bidang itu dua tahun lalu, setiap bulan pasti ada projek untuk beliau kendalikan kerana khidmatnya sering disyorkan oleh mereka yang pernah bekerja dengannya.



Sejauh ini beliau telah bekerjasama bagi projek anjuran penganjur acara tempatan dan syarikat produksi tempatan.



Antaranya ialah gala perdana filem Redha, J Revolusi, Bulan Bahasa, temu mesra bersama Farah Nabilah, seminar kewangan, temu mesra bersama peserta akhir Gegar Vaganza dan acara tonton filem Dukun untuk media.



Menurut Cik Nooradilah, yang berpengalaman menganjurkan acara korporat sebelum ini, adakala sukar beliau menguruskan selebriti terutama mereka yang mempunyai isu-isu ketepatan masa kerana ia boleh mempengaruhi program yang telah dirancangkan untuk mereka.



Beliau pernah mengalami keadaan seorang selebriti yang bangun lambat selama tiga jam dan acara sudah pun bermula.



Daripada pengalaman itu beliau belajar menyediakan satu lagi jadual masa anggaran yang diubah agar selebriti akan bersedia pada waktunya.



Cabaran lain yang beliau hadapi adalah pelanggan yang membuat perubahan pada saat akhir bagi program yang telah dirancang serta memenuhi kehendak pelanggan walaupun berhadapan dengan bajet terhad.



Cik Nooradilah juga perlu mengimbangi keperluan keluarga dan pekerjaannya.



Sebagai pekerja bebas, beliau sering ditawarkan projek seawal seminggu sebelum acara.



Jadi, beliau perlu fikirkan tentang penjagaan anak-anaknya yang berumur enam dan tujuh tahun.



"Cabaran yang saya hadapi untuk setiap acara dan hasilnya pada akhirnya membuat saya berasa puas terutama ketika menerima pujian daripada pelanggan atau selebriti," katanya.



Beliau menganggap setiap acara berbeza dan merupakan perjalanan pembelajaran baginya. Ia juga peluang beliau meluaskan rangkaian kenalannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >