Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Puasa bermula esok

Mufti Singapura Dr Mohamed Fatris Bakaram isytihar Awal Ramadan

May 26, 2017 | 07:29 PM



MASYARAKAT Muslim Singapura mula berpuasa esok, 27 Mei, bersamaan 1 Ramadan 1438 Hijrah.



Dalam satu kenyataan,  Mufti Singapura Dr Mohamed Fatris Bakaram mengisytiharkan Awal Ramadan malam tadi.



"Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota Mabims, anak bulan ada di ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi selama 39 minit. Oleh yang demikian sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan 1438H jatuh pada esok, Sabtu bersamaan 27 Mei 2017.



"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian kaum Muslimin Muslimat Singapura: Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan alMubarak. Dalam bulan yang mulia ini, ambilah peluang untuk mengukuhkan silaturahim dan mengajak ahli keluarga kita beribadah bersama misalnya bersahur, beriftar dan solat terawih," kata Dr Fatris,



Mabims ialah pertubuhan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura, yang antara lain menyelaraskan tarikh Ramadan dan Syawal di negara-negara anggota.



Dalam pada itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) turut mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Ramadan 2017 / 1438 H, dalam kenyataan berasingan.



Kadar biasa ialah $5.10 dan kadar lebih tinggi ialah $7.00.



Muis memperkenalkan kadar dua peringkat sejak 2005 bagi memenuhi permintaan pembayar zakat - yang menggunakan beras bermutu lebih tinggi -  yang ingin membayar harga zakat lebih tinggi.



Menurut Muis, pembayar zakat boleh memilih kadar yang paling sesuai dengan makanan harian mereka. Ia juga menasihatkan Muslim setempat untuk membayar zakat awal. Zakat boleh dibayar sepanjang Ramadan, sehingga solat Aifilfitri dilaksanakan.



Cara membayar zakat di Singapura (dari 27 Mei):



Tunai / Cek / NETS: Di masjid, pertubuhan Muslim yang dibenarkan, ibu pejabat Muis



Telefon: Fitrah Telepoll 1900-112-3510 (bagi $5.10/seorang) / 1900-112-3700 (bagi $7.00/seorang)



* Setiap panggilan dikenakan caj pentadbiran $0.20 dan adalah bagi sumbangan fitrah tunggal. Sehingga 7 pagi, 25 Jun 2017.



Dalam talian: Muis Zakat - [embed]http://www.zakat.sg[/embed]  & CIMB Clicks - [embed]http://www.cimbclicks.com.sg[/embed]



Mesin AXS & ATM



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >