Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB beri amaran risiko banjir di beberapa kawasan

Aug 24, 2021 | 04:24 PM



Banjir kilat pada pagi Selasa (24 Ogos) yang telah menyebabkan jalan raya di Dunearn Road antara Pusat Sime Darby dan Binjai Park tidak dapat dilalui telah kembali seperti biasa dalam tempoh 40 minit, kata agensi air PUB.


Namun, hujan lebat menimbulkan risiko banjir kilat di kawasan lain termasuk di Upper Bukit Timah Road dari Hazel Park Terrace hingga ke Chestnut Drive, persimpangan antara Woodlands Road dan Ekspreswe Kranji serta di Sunset Drive dan Sunset Way.


Orang ramai dinasihati PUB supaya mengelakkan jalan raya tersebut, menurut satu kiriman pos di Facebook agensi tersebut.


“Disebabkan hujan lebat, tahap air di longkang dan terusan telah mencecah 90 peratus di kawasan ini,” tambahnya.


Menyentuh tentang banjir kilat di Dunearn Road, PUB berkata jalan raya tidak dapat dilalui sekitar 10.08 pagi.


Pegawainya telah dikerah untuk menghulurkan bantuan.


Tahap air kembali seperti biasa sekitar 10.50 pagi.


Banjir tersebut telah menjejas operasi bas di sepanjang Dunearn Road selama sekitar sejam, termasuk khidmat bas 74, 151, 154, 157, 170, 174 dan 852, menurut SBS Transit dalam kiriman di Twitter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >