Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB bina sistem uji teknologi tangkap karbon

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



UNTUK membantu mengimbangi pelepasan karbon, agensi air negara PUB sedang membangunkan sebuah sistem perintis bernilai $2.5 juta di kemudahan penyelidikan dan pembangunannya di Tuas.



Sistem itu bertujuan menguji daya maju teknologi tangkapan dan penggunaan karbon sebelum ia memasuki atmosfera.



Teknologi ini beroperasi dengan menyingkirkan karbon dioksida (CO2), yang memanaskan bumi, dari udara agar ia boleh disimpan di bawah tanah atau digunakan untuk mencipta produk lain, seperti konkrit atau bahan api.



Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Teknologi PUB, Dr Gurdev Singh, sistem itu membolehkan PUB menilai potensi menyingkirkan karbon di loji penyahgaraman, atau desalinasi, sambil mendekatkan PUB kepada matlamatnya mencapai pelepasan sifar bersih (net-zero) karbon menjelang 2050.



Sistem itu dijangka siap pada suku pertama tahun depan.



Sebagai sebahagian sistem perintis itu, PUB bekerjasama dengan SeaChange daripada Universiti California, Los Angeles (UCLA), Amerika Syarikat, yang telah mencipta huraian bagi mempertingkat keupayaan laut menyerap CO2 dari atmosfera.



Menurut Profesor Gaurav Sant, Pengarah Institut UCLA bagi Pengurusan Karbon, laut adalah sinki karbon semula jadi yang boleh menyerap sekitar 25 peratus pengeluaran CO2 daripada aktiviti manusia.



Namun, dengan tahap CO2 dan metana, sejenis lagi gas rumah hijau, kian meningkat, teknologi tangkapan karbon dapat mengurangi pengeluaran CO2 sejagat sebanyak satu perlima, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa.



Berbanding penyedutan CO2 dari atmosfera, Profesor Sant berkata penyingkiran CO2 dari air laut adalah lebih baik kerana laut mempunyai 150 kali ganda CO2 daripada udara.



Teknologi SeaChange melibatkan mengalirkan arus elektrik dalam air laut di sebuah reaktor kimia.



Proses ini akan memulakan satu siri tindak balas kimia yang menggabungkan CO2 dalam air dengan mineral seperti kalsium dan magnesium untuk menghasilkan karbonat mineral seperti dan kalsium karbonat dan magnesium karbonat, yang boleh digunakan bagi tujuan lain, seperti dalam bahan binaan.



"Penghasilan bahan-bahan ini akan meluaskan kebolehan laut menyerap CO2, sama seperti span basuh pinggan. Sebagaimana kita memerah air dari span, ia juga boleh menyerap lebih banyak air. Ini yang sedang kami lakukan dengan laut - kami memerah CO2 dari air laut agar ia boleh menyerap lebih banyak CO2 dari atmosfera," jelas Profesor Sant.



Memandangkan huraian SeaChange selaras operasi penyahgaraman PUB, ia boleh digunakan untuk menyingkirkan CO2 dalam proses intensif tenaga di PUB, ujar Dr Singh.



Bagi mengurangi jejak karbonnya, PUB juga melibatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti sistem solar photovoltaic di bumbung kemudahan dan takungan air serta me/ngurangkan keperluan tenaga semasa operasi.




"Sebagaimana kita memerah air dari span (cuci pinggan), ia juga boleh menyerap lebih banyak air. Ini yang sedang kami lakukan dengan laut - kami memerah CO2 (karbon dioksida) dari air laut agar ia boleh menyerap lebih banyak CO2 dari atmosfera."



- Profesor Gaurav Sant, Pengarah Institut UCLA bagi Pengurusan Karbon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >