Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

PUB: Cacing tidak mungkin ada dalam air paip

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PUB: Cacing tidak mungkin ada dalam air paip

Dec 22, 2018 | 02:29 PM

AGENSI air negara PUB berkata mustahil cacing didapati dalam air yang keluar dari paip. 

Agensi tersebut mengeluarkan komen setelah terdapat laporan mengenai ulat yang jatuh bersama air dari paip dapur ke dalam botol susu bayi di Ang Mo Kio pada 6 Disember. 

Pada masa itu, akhbar Shin Min Daily turut melaporkan bahawa seorang penduduk telah menemui cacing dalam mangkuk tandas beberapa minggu sebelum itu. 

PUB berkata melalui pos di Facebook bahawa ia mempunyai sistem yang merawat air melalui beberapa tapisan. 

Ia menambah bahawa program pemantauan mutu air yang komprehensif juga memastikan pelanggan hanya diberikan “air minuman yang baik dan bersih”. 

Menurut PUB, bekalan air dihantar kepada pelanggan melalui saluran bertekanan (pressurized). 

Bagi bangunan yang tinggi, air dipam ke dalam tangki air yang “ditutup sepenuhnya dan dikunci dengan selamat” sebelum pelanggan menggunakannya. 

“Tidak mungkin cacing boleh masuk ke dalam saluran atau sistem tertutup itu, dan didapati dalam air yang keluar dari paip,” kata PUB. 


 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3