Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB laksana banyak inisiatif keselamatan, kesihatan

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



AGENSI air negara PUB telah melaksanakan banyak inisiatif keselamatan dan kesihatan bagi membaiki mutu pertubuhan itu, kata pengerusi Jawatankuasa Lembaga Kesihatan dan Keselamatan PUB, Encik Abu Bakar Mohd Nor.



Kesederan mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja telah bertambah, terutama apabila mereka berdepan dengan cabaran ekoran Covid-19.



"PUB telah menunjukkan kesinambungan dalam menyediakan khidmat air kepada negara dan pada masa memastikan operasi dijalankan dengan selamat dan memastikan kakitangan sihat,'' katanya dalam mesejnya dalam video sempena Hari Keselamatan dan Kesihatan semalam.



Setiap daripada mereka masih berada dalam tahap awal ke arah laluan keselamatan dan kesihatan yang lebih baik dan kadangkala berdepan kegenjotan tetapi mereka harus ingat ia adalah satu 'perjalanan' yang berterusan.



Mereka harus memastikan agar dapat terus menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan memastikan terdapat kemalangan sifar di tempat kerja.



"Kita akan melakukan lebih banyak usaha bagi memastikan kemalangan di tempat kerja dapat dielakkan.



"Jika satu hari kita mencapai kemalangan sifar, kita akan imbas kembali tempoh itu dan menjadi lebih kukuh,'' kata Encik Abu Bakar, yang juga timbalan pengerusi Majlis Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja di Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad berkata sebelum ini bahawa kecederaan teruk akibat tergelincir, tersandung dan terjatuh di tempat kerja bagi semua industri semakin meningkat.



Dalam tiga bulan pertama tahun ini, terdapat 61 kecederaan teruk akibat insiden serupa merentas semua industri, naik dari 37 kejadian dalam tempoh sama tahun lalu.



Insiden serupa juga antara sebab utama kecederaan di tempat kerja yang tidak membawa maut, kata Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >