Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB lancar iklan TV papar kempen perubahan iklim dan kesan pada SG

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



SATU kempen baru oleh agensi air negara PUB memberi tumpuan kepada perubahan iklim dan kesannya terhadap Singapura jika ia tidak ditangani.



Iklan televisyen bernama "The Climate is Changing" atau "Iklim sedang Berubah"itu memberi gambaran kolam air Singapura yang kontang selepas tempoh kemarau berpanjangan dan paras air laut meningkat yang mengancam untuk membanjiri kawasan lebih rendah di darat.



Menurut PUB, iklan itu mengaburkan sempadan antara realiti dan masa depan yang boleh berlaku dan ia menunjukkan bagaimana iklim yang ekstrem dan sukar diramal boleh menyebabkan hujan lebat yang selanjutnya menyebabkan banjir berlaku secara kerap.



Ia juga menunjukkan usaha PUB mengurangkan jejak karbon di sini.



Ini dilakukan dengan menggunakan tenaga bersih seperti membina ladang suria terapung di kolam air dengan kuasa yang dijana digunakan untuk merawat air.



Menurut pengarah Jabatan Rangkaian 3P di PUB, Cik Cindy Keng, kempen itu antara lain bertujuan menunjukkan usaha PUB dalam menangani perubahan iklim, yang mendatangkan kesan serius terhadap sumber air setempat.



Menambah, Cik Keng berkata PUB harus menunjukkan keupayaannya untuk memastikan Singapura mempunyai bekalan air yang mampan, melindungi warga Singapura daripada paras air laut yang meningkat serta banjir dan merancang masa depan lebih hijau dengan menggunakan tenaga suria



PUB berkata, meskipun kempen-kempen sebelum ini telah menyebabkan kesedaran awam tinggi mengenai pemeliharan air, lebih banyak boleh dilakukan untuk menggalak pihak awam mengamalkan tabiat yang menjimatkan air.



Satu kajian yang dilakukan pada 2020 menunjukkan 60 peratus daripada 602 isi rumah di Jurong West dan Tampines sedar Singapura kekal sebagai antara negara yang paling kekurangan air dan merawat air untuk menangani masalah ini melibatkan proses yang rumit dan mahal.



Lebih 90 peratus pula sedar akan keperluan memelihara air, dengan lebih 75 peratus bersetuju bersikap bertanggungjawab untuk menggunakan air secara lebih bijak.



Namun, peserta tinjauan juga sedar mereka boleh mempertingkat perbuatan masing-masing.



Sebagai contoh, lebih 60 peratus menutup paip semasa memberus gigi atau menyabun badan ketika mandi.



Namun hanya sepertiga isi rumah mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan dalam bekas berisi air dan bukan menggunakan paip yang airnya mengalir.



Bagi menggalak lebih ramai orang mengamalkan tabiat menjimatkan air, pergerakan dalam masyarakat tahunan PUB, yang dikenali sebagai #GoBlue4SG, akan diadakan lagi bulan ini untuk meraikan Hari Air Antarabangsa Singapura.



Lebih 400 rakan kongsi akan menyokong usaha ini.



Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 60 sekolah telah berikar untuk mengadakan 'Water Wednesdays' dan memperuntuk setiap Rabu pada bulan ini untuk mengadakan kegiatan bertema air bagi pelajar, berbanding kegiatan mencatu air yang biasa diadakan.



Sekitar 50 peruncit dan peniaga pula menawarkan diskaun dan promosi bertema biru bulan ini.



Pada Hari Air Antarabangsa pada 22 Mac, 43 bangunan dan mercu tanda lain di serata pulau, termasuk Singapore Flyer dan Logi Penyulingan Keppel Marina East akan dinyalakan biru. Ini sempena kegiatan 'Kota jadi Biru'.



Butiran lanjut boleh diperolehi di www.makeeverydropcount.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >