Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB, NEA siasat bahan hitam di longkang besar Potong Pasir

Jan 20, 2019 | 06:00 PM



 



 



Pihak berkuasa sedang menyiasat bahan hitam yang dilihat di permukaan air dalam sebuah longkang besar di Potong Pasir.



Video yang dimuat naik ke laman Facebook Persatuan Alam (Singapura) pada pagi Sabtu (19 Jan) dan dikongsi dengan The Straits Times (ST) menunjukkan bahan hitam bak dakwat mengalir ke dalam longkang dan menyebabkan air longkang itu berubah warna.



Menjawab pertanyaan ST, PUB berkata ia menerima laporan tentang bahan hitam di longkang besar di Potong Pasir Avenue 1 pada Sabtu, 10.20 pagi



“Pegawai PUB dan kontraktor pergi ke sana untuk menjalankan siasatan dengan serta-merta,” kata agensi air negara itu pada Ahad.



 Namun, pegawai PUB tidak melihat sebarang bahan hitam di tempat itu, mungkin kerana ia telah larut dalam air longkang, kata PUB. Ia telah mengambil contoh air dari longkang dan siasatan kini masih diteruskan, tambah PUB, yang berkata alat meninjau mutu air di longkang itu menunjukkan mutu air berada di paras biasa dan ia akan terus memantau keadaan di longkang itu bagi beberapa hari lagi.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata ia sedar tentang perkara itu dan sedang menyiasat.



Dalam video yang dimuat naik ke Internet, sebuah tapak binaan dan jentera milik Lian Beng Group boleh dilihat di kawasan bersetentangan longkang.



Menurut ST, sebuah kondominium sedang dibina di tapak itu dan longkang tersebut mengalir ke Sungai Kallang.



ST telah menghubungi Lian Beng Group bagi keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >