Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

PUB siasat air paip berwarna di Pulau Tekong: Mindef

Nov 21, 2019 | 04:36 PM

SUMBER air alternatif digunakan di Pusat Latihan Ketenteraan Asas (BMTC) di Pulau Tekong setelah air paip berwarna dilaporkan di beberapa tempat di pusat itu semalam (20 November), kata Kementerian Pertahanan (Mindef).

Pegawai daripada agensi air negara PUB memecahkan prasarana jaringan air di Pulau Tekong dan mengumpul sampel air untuk menyiasat punca perubahan itu, kata Mindef dalam catatan Facebook pada hari Khamis.

PUB memberitahu The Straits Times (ST) bahawa mereka dimaklumkan mengenai air paip yang berwarna di BMTC pada 7.30 pagi hari Rabu dan pegawai mereka pergi menyiasat dengan segera.

Sambil berkata “keselamatan dan kesejahteraan anggota kerahan kami amatlah penting,” Mindef berkata BMTC menggunakan sumber air alternatif dan tangki air  yang dikerah PUB untuk “menepati keperluan asas air anggota kerahan seperti minuman dan penyediaan makanan”.

Mindef berkata mereka bekerja bersama PUB untuk mengembalikan bekalan air minuman secepat mungkin di BMTC.

ST telah menghubungi Mindef untuk keterangan lanjut.
 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian