Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB terima $51 juta bagi penyelidikan air

Huraian inovatif perlu pastikan bekalan air selamat, berterusan untuk masa depan
Sep 14, 2021 | 05:30 AM



AGENSI air negara PUB telah menerima $51 juta daripada Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) untuk membangun huraian inovatif demi memenuhi keperluan air nasional dalam lima tahun akan datang.



PUB telah melancarkan dua Permohonan untuk Cadangan (RFP) pertama untuk mendapatkan kembali bahan mineral daripada air terpakai, serta mengatasi kesan perubahan iklim kepada mutu air di sini.



Dengan permintaan air negara dijangka meningkat kepada hampir dua kali ganda pada 2060, penyelidikan dan pengembangan (R&D) berterusan diperlukan untuk memacu penyelesaian inovatif yang dapat memastikan bekalan air yang selamat dan berterusan untuk masa depan, kata PUB dalam satu kenyataan semalam.



Perkara yang diberi tumpuan untuk R&D termasuk mengurangkan penggunaan tenaga dalam penyahgaraman air laut, meningkatkan kecekapan tenaga dalam rawatan air terpakai dan mengurangkan permintaan air industri.



Di bawah RFP pertama, PUB sedang mencari teknologi dan huraian yang dapat meraih kembali dua kategori sumber berguna.



Ini termasuk bahan kimia yang diperlukan dalam proses rawatan air terpakai daripada aliran air yang dibuang, serta logam yang berguna kepada industri yang boleh diperolehi dari air garam hasil penyahgaraman air laut.



RFP kedua pula bertujuan untuk mengkaji kesan perubahan iklim terhadap sistem air Singapura untuk 10, 20 dan 40 tahun akan datang untuk memandu strategi masa depan.



Kajian ini akan fokus kepada dua bidang, iaitu kesan perubahan iklim ke atas kualiti air dan infrastruktur PUB.



Pemohon juga bebas untuk mencadangkan bidang kajian lain, kecuali bidang yang berkaitan dengan banjir dan perlindungan pantai, di mana kajian berasingan sedang dijalankan.



Kedua-dua bidang tumpuan ini dilancarkan di bawah Pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) 2025 sebagai sebahagian daripada program Dana Bersaing untuk Penyelidikan Air (CWR).



Ketua Pegawai Kejuruteraan & Teknologi PUB, Encik Pang Chee Meng berkata sehingga kini, PUB telah melabur dalam penyelidikan dan teknologi untuk memenuhi cabaran air di Singapura dengan tiga tujuan utama secara berterusan.



Ini termasuk untuk meningkatkan sumber air negara, mengurangkan kos pengeluaran dan memperbaiki kualiti dan keselamatan air.



"Oleh kerana kesan iklim semakin ketara, terdapat keperluan untuk mengkaji dan menangani kesan jangka panjang perubahan iklim ke atas sistem air Singapura, termasuk kesannya terhadap pelbagai sumber air seperti kawasan tadahan air, air laut dan NEWater dan juga infrastruktur air.



"Kami berharap dapat menerima cadangan dengan penyelesaian baru dan berskala yang akan membantu memenuhi keperluan air pada masa kini dan masa depan untuk membina sistem air yang berdaya tahan dan mampan di Singapura," katanya.



Permohonan untuk RFP dibuka semalam dan akan ditutup pada 26 November 2021.



Mereka yang berminat boleh mendaftar untuk sesi maklumat RFP pada 24 September 2021 melalui berikut pautan berikut: https://go.gov.sg/rfp-informationsession-2021.



Pendaftaran untuk sesi maklumat akan ditutup pada 21 September ini.




"Oleh kerana kesan iklim semakin ketara, terdapat keperluan untuk mengkaji dan menangani kesan jangka panjang perubahan iklim ke atas sistem air Singapura, termasuk kesannya terhadap pelbagai sumber air seperti kawasan tadahan air, air laut dan NEWater dan juga infrastruktur air."
- Ketua Pegawai Kejuruteraan & Teknologi PUB, Encik Pang Chee Meng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >