Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB teroka guna air jana elektrik

Oct 21, 2019 | 10:37 AM



Agensi air negara PUB sedang menyelidik kesesuaian menjana tenaga elektrik menerusi air, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Jenis tenaga ini, yang digelar tenaga biru atau tenaga osmosis, bergantung pada kandungan garam yang berbeza antara tampungan air berbeza, seperti antara laut dengan sungai.



Menurut Encik Masagos, loji penyulingan air dan loji NEWater yang dibina di kawasan yang sama membenarkan 'tenaga biru' disalurkan dari air buangan mengandungi garam dari kededua loji



"Projek rintis akan menunjukkan potensi sinergi menggunakan sisa air dengan tenaga. Jika PUB berjaya, satu hari nanti, kita akan menjana tenaga elektrik dari air sedang kita menghasilkan air dari tenaga elektrik. 



Encik Masagos berkata demikian dalam ucapannya di mesyuarat Panel Antara Pemerintah mengenai Perubahan Iklim (IPCC) di Resorts World Singapore pada Isnin (21 Oktober).



Pertemuan itu bertujuan menggariskan rangka perbincangan untuk membentuk Laporan Penilaian IPCC keenam. Laporan itu dijadual diterbitkan pada 2022.



Kata Encik Masagos, IPCC dianggap sebagai pertubuhan berkuasa dalam sains iklim dan Laporan Penilaian dan penerbitannya digunakan secara meluas bagi pembentukan dasar, termasuk di Singapura. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >