BUAT julung-julung kalinya agensi air Singapura PUB dengan kerjasama Young NTUC, akan menganjurkan pameran kerjaya sektor air di Minggu Air Antarabangsa Singapura (SIWW) 2016 demi menggalak dan menarik orang ramai menyertai sektor tersebut.
Careers@SIWW itu disokong oleh 18 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan syarikat berbilang negara (MNC).