Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pulau Jurong jalani transformasi menjadi taman tenaga dan kimia

Nov 23, 2021 | 04:24 PM



HAB petrokimia Pulau Jurong akan diubah menjadi taman tenaga dan kimia yang bakal beroperasi secara mampan dan mengeksport produk mampannya ke seluruh dunia, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong pada Selasa (23 November). 



Pelan tersebut turut memberi bayangan terhadap peningkatan pengeluaran produk mampan dari sektor tenaga dan kimia (E&C) Singapura sebanyak empat kali ganda berbanding 2019. 



Ia juga diharap dapat mencapai lebih enam juta tan pengurangan karbon setahun daripada penyelesaian karbon rendah menjelang 2050.



Encik Gan mengumumkan pelan Pulau Jurong Mampan ini pada majlis pecah tanah kilang Shell di Pulau Bukom yang akan menukar sisa plastik yang sukar dikitar semula menjadi minyak yang digunakan sebagai bahan mentah untuk petrokimia.



Unit penaik taraf minyak pirolisis ini akan menjadi kilang pertama seumpamanya di seluruh dunia untuk syarikat minyak dari Belanda itu dan dijadualkan mula beroperasi pada 2023.



Ia juga akan menjadi loji seumpama itu yang terbesar di Asia, dengan kapasiti untuk mengeluarkan 50,000 tan minyak dalam masa setahun - bersamaan dengan berat sekitar 7.8 bilion beg plastik.



Pelan Pulau Jurong Mampan adalah sebahagian daripada rancangan pemerintah untuk menggerakkan sektor E&C di sini ke arah kemampanan, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dalam satu laporannya semalam. 



Ia merupakan tambahan terhadap cita-cita bagi Pulau Jurong seperti yang digariskan dalam Pelan Hijau Singapura 2030. 



Encik Gan berkata sektor E&C, yang menggaji lebih 27,000 kakitangan, termasuk ramai warga Singapura, sedang dalam peralihan ke arah bahan api rendah karbon, bahan boleh diperbaharui dan bahan kimia yang mampan.



“Sebagai contoh, kedua-dua Shell dan BP telah mengumumkan bahawa mereka akan menurunkan sehingga AS$17.5 bilion ($23.9 bilion) dan AS$22 bilion masing-masing daripada portfolio minyak dan gas mereka, sebagai sebahagian daripada sasaran pelepasan sifar bersih mereka untuk 2050,” katanya.



Beliau menambah pelan Pulau Jurong Mampan akan dibina berdasarkan usaha berterusan ini.



Pelan itu tertumpu kepada dua bidang tumpuan - iaitu meningkatkan pengeluaran produk mampan seperti bahan api dan bahan kimia berasaskan bio dan membolehkan pengeluaran mampan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran.



Pengerusi Syarikat Shell di Singapura, Cik Aw Kah Peng berkata taman tenaga dan bahan kimia Shell di Singapura ini “adalah pemacu utama dalam strategi kami untuk mengubah perniagaan kami, mengurangkan pelepasan kami sendiri dan pelanggan kami apabila kami beralih kepada ekonomi karbon rendah”.



“Transformasi yang kami lakukan tidak pernah berlaku sebelum ini untuk industri di sini,” tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >