Subuh
5:41
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31
Setempat

Pulau Ubin akan jadi lebih mesra pengguna kerusi roda

Jun 29, 2019 | 03:16 PM

USAHA sedang dijalankan untuk menjadikan Pulau Ubin lebih mesra pengguna kerusi roda, dengan rancangan membina tanjakan dan platform serta jeti baru sedang diusahakan.

Lembaga Taman Negara (NParks) turut mengumumkan hari ini (29 Jun) usaha pemuliharaan bagi biodiversiti paya di Pekan Quarry dan paya bakau di bahagian tenggara Pulau Ubin.

Satu idea yang diusul untuk menjadikan pulau itu lebih mudah digunakan setiap lapisan masyarakat termasuk melengkapkan bot yang digunakan untuk membawa penumpang antara terminal feri Changi Point dengan Pulau Ubin, serta van di pulau itu dengan tanjakan atau platform mudah alih.

Rancangan itu diumumkan semasa acara Hari Ubin 2019 hari ini, yang merupakan acara kemuncak Pesta Ubin, yang dianjurkan NParks, ahli rangkaian Friends of Ubin serta anggota masyarakat.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, yang juga Menteri Kedua Pembangunan Negara berkata:

“Pesta Ubin terus mendapatkan sokongan baik daripada masyarakat pada tahun kelapan ia diadakan. Seramai 4,500 orang mengambil bahagian dalam 47 kegiatan sepanjang enam minggu.”