Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pulau Ubin 'diserang' pengganas

Jul 01, 2018 | 02:04 PM



DUA orang yang membawa pistol 'menyerang' pengunjung Pulau Ubin pagi tadi (1 Julai).



Akibatnya, seorang 'mangsa' mengalami kecederaan kaki manakala seorang lagi pula mengalami serangan jantung.





Senario itu adalah sebahagian satu latihan tangani pengganasan yang diadakan buat julung-julung kalinya di Pulau Ubin.



Latihan itu disertai pegawai daripada Pasukan Respons Kecemasan Polis Pengawal Pantai (PCG), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan relawan daripada Pasukan Respons Kecemasan Masyarakat Kecemasan dan Pendekatan Masyarakat (C2E) Siglap.



Semasa latihan itu, relawan turut mengikut protokol 'Lari-Sembunyi-Beritahu' atau 'Run Hide Tell' serta menunjuk kemahiran memberi bantuan kecemasan yang disesuaikan, teknik bantuan pernafasan dan menggunakan alat defibrilator luaran automatik (AED).



Latihan itu merupakan sebahagian Hari Keselamatan Pulau Ubin pertama yang diadakan oleh Pasukan Polis Singapura, SCDF serta pasukan keselamatan pulau itu.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, turut hadir selaku tetamu terhormat.



Terdapat lebih 30 penduduk di Pulau Ubin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >