Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tabah hadapi dugaan kesihatan pada usia muda

Pulih sepenuhnya selepas lalui pemindahan hati pada usia 11 tahun

Berpantang maut sebelum ajal. Demikian kisah dua wanita yang melalui pembedahan pemindahan organ pada usia yang muda bagi menyelamatkan nyawa. BERITA HARIAN selongkar kisah mereka harungi cabaran yang dilalui.
Feb 21, 2023 | 05:30 AM



SIAPA sangka kulit gatal yang dialami Cik Raziah Begum Alamgir tatkala usia beliau di peringkat sekolah rendah sebenarnya adalah simptom bagi kegagalan hati yang memerlukan pembedahan pemindahan hati.



Sekiranya beliau tidak menerima pemindahan hati dalam masa terdekat, ia bakal menggadai nyawanya kerana peluang hidup amat tipis bagi mereka yang menghidap penyakit sedemikian - lebih-lebih untuk usia sepertinya.



Ini setelah kakak beliau juga mendapat diagnosis yang sama sepertinya dan malangnya menghembuskan nafas terakhir pada usia yang muda.



Ibu kepada tiga orang anak dan jurujual kosmetik itu, yang kini berusia 38 tahun, berkata:



"Sangkaannya adalah saya tidak ada waktu yang lama untuk hidup pada waktu itu (selepas mengetahui diagnosis)."



Beliau mula mengalami gatal-gatal di seluruh badan dan kembung perut - sehinggakan beliau tidak dapat tidur dan "menggigit bahagian yang gatal sehingga keluar darah", kerana ia terlalu gatal - pada 1993 semasa usianya sembilan tahun.



"Saya tidak dapat tidur semalaman dan berasa sangat panas (pada malam hari), meskipun penyaman udara dihidupkan pada suhu terendah.



"Apabila saya ke sekolah, saya rasa sangat ngantuk dan tidak dapat tumpukan perhatian." jelasnya.



Pada usia itu, beliau dan ibunya menyangka gatal-gatal tersebut tidaklah begitu serius kerana mereka telah cuba mencari rawatan di beberapa hospital untuk mengetahui diagnosis sebenar.



Pada 1995, semasa usianya 11 tahun, beliau dan ibunya ke Hospital Universiti Nasional (NUH) untuk mencari rawatan dan diberi diagnosis kegagalan hati setelah pelbagai ujian dijalankan.



"Sememangnya ibu bapa saya terkejut tetapi pada waktu itu, saya jangkakan rawatan tersebut adalah ringan saja," ujarnya.



Mujur beliau tidak perlu tunggu lama untuk dapatkan hati kerana pada tahun yang sama, beliau diberi tawaran untuk menjalani pembedahan pemindahan hati - pertama kali dibuat pada seorang pesakit pediatrik di Singapura pada waktu itu.



Ibu bapa Cik Raziah pada awalnya tidak memaklumkan kepadanya akan pembedahan yang bakal dilalui kerana ingin beliau "tenang dan berada dalam keadaan baik".



"Saya mula mengesyaki saya akan melalui pembedahan pada malam sebelum pembedahan, selepas saudara saya bertanya sekiranya pembedahan sudah selesai," jelasnya.



Tambahan juga, pakar bedah yang menjalankan pembedahan beliau, Perunding Emeritus Profesor Prabhakaran Krishnan, memberi kata-kata perangsang kepadanya - sehingga hari ini, beliau masih berhubungan dengannya.



Dalam pada itu, berkongsi pengalamannya selepas melalui pembedahan tersebut, beliau berasa agak terkilan melihat wajah-wajah di sekeliling katil wadnya, serta wayar yang ada di tubuhnya.



"Kali pertama bila saya sedar adalah saya dapat rasa kesakitan yang tidak saya jelaskan.



"Saya terlihat wajah ibu dan beliau menenangkan saya dengan memaklumkan semuanya baik-baik saja," ujar Cik Raziah.



Oleh kerana beliau merupakan pesakit pediatrik pertama yang melalui pembedahan itu, ia mengambil masa sedikit untuk kembali seperti sediakala.



"Pengalaman ini mengajar saya untuk mengambil pendekatan langkah demi langkah supaya saya dapat pulih sepenuhnya dan keajaiban memang terjadi," jelas beliau.




Sangkaannya adalah saya tidak ada waktu yang lama untuk hidup pada waktu itu (selepas mengetahui diagnosis).



Sememangnya ibu bapa saya terkejut tetapi pada waktu itu, saya jangkakan rawatan tersebut adalah ringan saja.



- Cik Raziah Begum Alamgir, pesakit kegagalan hati dan ibu tiga anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >