Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Puluhan pendatang maut dekat perairan Syria

Sep 24, 2022 | 05:30 AM



BEIRUT: Pihak berkuasa Syria telah menemui 34 mayat dan menyelamatkan berpuluh pendatang yang lain, di pesisiran dekat bandar pelabuhan utara Tartus kelmarin, disyaki meninggalkan Lebanon menuju Eropah minggu lalu.



Encik Samer Qubrusli, ketua pengarah pelabuhan Syria, memberitahu agensi berita Reuters bahawa pihak berkuasa telah menemui 34 mayat dan menyelamatkan 14 orang di perairan Syria petang kelmarin.



Kementerian pengangkutan Syria memetik beberapa orang yang terselamat sebagai berkata, bot mereka telah berlepas dari Minyeh, wilayah utara Lebanon Selasa lalu dengan membawa antara 120 hingga 150 orang.



Menteri pengangkutan Lebanon, Encik Ali Hamiye, berkata beliau diberitahu Menteri Pengangkutan Syria, Encik Zuhair Khuzaim, bahawa 33 mayat telah ditemui dan 16 orang lagi telah diselamatkan.



Lebanon menyaksikan semakin ramai pelarian, didorong krisis ekonomi dunia.



Selain rakyat Lebanon, kebanyakan mereka yang berada dalam bot tersebut adalah pelarian Syria dan Palestin.



Puluhan orang di bandar utara Tripoli telah mengadakan bantahan kelmarin, sebagai memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka sudah tidak dapat menghubungi bot yang membawa pendatang itu, yang dalam perjalanan menuju Italy.



Agensi berita Reuters tidak dapat mengesahkan sama ada itu adalah bot yang sama seperti yang dikatakan oleh pihak berkuasa Syria.



Kenyataan kementerian pengangkutan Syria berkata pengarah pelabuhan pulau kecil Arwad, di pesisiran Tartus memberitahu sekitar 4.30 petang, bahawa mereka telah melihat orang lemas berhampiran kapal yang berlabuh di situ.



Pihak kementerian telah mengirim bot untuk membawa mayat-mayat yang ditemui.



Ia juga telah menemui mayat seorang kanak-kanak - dan kemudian beberapa mayat yang lain.



Kebanyakan mangsa dan mereka yang berjaya diselamatkan ditemui dekat Arwad, kata kementerian itu.



Operasi menyelamat telah dihentikan pada waktu malam ekoran cuaca buruk, termasuk gelombang besar.



Rabu lalu, tentera Lebanon berkata pihaknya telah menyelamatkan 55 orang dari sebuah bot rosak di perairan perbatasannya dan kemudian ditunda ke pantai.



Pada April lalu, sebuah bot pendatang yang berlepas dari Tripoli karam semasa dipintas oleh tentera laut Lebanon.



Kira-kira 80 orang pendatang Lebanon, Syria dan Palestin berada dalam bot itu, sekitar 40 daripada mereka diselamatkan, tujuh disahkan mati dan 30 lagi dipercayai masih hilang.



Bilangan orang-orang yang meninggalkan dan cuba meninggalkan Lebanon melalui jalan laut telah meningkat dua kali ganda tahun lalu berbanding tahun sebelumnya (2020), menurut agensi ehwal pelarian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).



Alasan utama pelarian itu adalah termasuk "tidak berupaya bertahan di Lebanon gara-gara keadaan ekonomi yang meruncing" dan "tidak dapat mengakses perkhidmatan asas serta peluang pekerjaan terbatas," kata agensi itu lagi. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >