Pungutan derma Dana MAS di masjid hari ini
Jun 14, 2019 | 05:30 AM
SATU pungutan derma akan diadakan di masjid serata Singapura bagi Endowmen Pengajian Melayu Dr Muhammad Ariff Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Dana MAS, hari ini.
Wang itu akan digunakan untuk menyokong beberapa projek baru termasuk penubuhan sebuah pusat sumber MAS di perpustakaan Institut Pendidikan Nasional (NIE)/Universiti Teknologi Nanyang (NTU), serta siri penerbitan buku.