KEHARMONIAN bangsa dan agama ialah asas kedamaian Singapura.
Bahkan, acara nasi beriani amal bagi Cabaran Presiden 2016, yang diadakan di Masjid Khalid semalam dan dibantu sekitar 78 sukarelawan Islam dan bukan Islam, merupakan acara penting yang menunjukkan bagaimana masyarakat boleh memupuk perpaduan.