Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Purata kes masyarakat Covid-19 berkurangan: MOH

Jul 16, 2020 | 11:05 PM



SECARA menyeluruh, bilangan kes masyarakat Covid-19 berkurangan daripada purata 16 kes sehari dalam minggu sebelum ini kepada purata 12 kes sehari sepanjang minggu sudah (9-15 Julai). Bilangan kes yang tiada kaitan dengan masyarakat juga merosot daripada purata lapan kes sehari sebelum ini kepada tujuh kes sehari.



Menjelaskan demikian dalam kenyataannya malam ini (Khamis, 16 Julai), Kementerian Kesihatan (MOH) memberi jaminan pihaknya akan terus memantau jumlah kes yang dilaporkan di samping kes yang dikesan dalam program pengawasan. Menurut MOH lagi, ujian serologi (ujian saintifik serum darah) akan juga dikendalikan ke atas mereka yang menetap di dalam unit rumah yang sama dengan kes yang dikenal pasti.



Sehingga 12 tengah hari ini (Khamis, 16 Julai), sebanyak 248 kes baru Covid-19 dikenal pasti dengan sebilangannya merupakan pemegang permit kerja yang menetap di dormitori pekerja asing. Daripada kes baru ini, 96 peratus dikaitkan dengan kelompok yang sudah diketahui sebelum ini. Bakinya menanti proses jejak kenalan.



MOH menambah 268 pesakit Covid-19 sudah dibenarkan pulang dari hospital dan kemudahan pengasingan masyarakat. Keseluruhannya, 43,256 pesakit sudah pulih daripada jangkitan ini dan dibenarkan pulang. Masih terdapat 146 kes yang masih lagi di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. Tiada lagi pesakit di unit jagaan rapi (ICU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >