SEBUAH pusat barah baru akan dibina di Biopolis di Buona Vista dan ia akan dibuka secara bertahap mulai tahun depan.
Pusat yang dinamakan Pusat Onkologi Perubatan Lanjutan itu akan menawarkan khidmat pengimejan, penyampaian rawatan dan teknologi informatik klinikal bagi karyawan penjagaan kesihatan dan penyelidik.