Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat baru bantu tingkat upaya, kekal pekerja

Feb 12, 2022 | 05:30 AM



SATU pusat kecemerlangan baru telah membuka pintunya kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) Singapura untuk membantu mereka mengasah kemahiran mereka berkhidmat kepada pelanggan dan mengekalkan pekerja.



Pusat untuk Inovasi Pengurusan Pengalaman di Asia bernilai $14.1 juta adalah yang pertama seumpanya dalam rantau ini.



Ia merupakan kerjasama antara Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Singapura, syarikat sofwe Jerman, SAP dan firma pengurusan pengalaman, Qualtrics, menurut satu kenyataan bersama semalam.



Jurucakap SAP memberitahu akhbar The Straits Times bahawa pusat itu dibuka secara rasmi semalam dan terletak di Mapletree Business City di Pasir Panjang Road, di mana terletaknya ibu pejabat wilayah dan pejabat Singapura SAP.



Pengurusan pengalaman (XM) merujuk kepada usaha pertubuhan untuk menjejaki, mengukur, menganalisis, dan memperbaiki pengalaman yang mereka sediakan kepada pelanggan serta pihak berkepentingan seperti vendor, pembekal, pekerja dan pemegang saham.



Pusat itu mempunyai matlamat untuk memperkasa lebih 180,000 SME di Singapura dengan membolehkan mereka untuk memanfaatkan teknologi lanjut, mempertingkat kemahiran pekerja dengan set kemahiran teras XM dan menaikkan kedudukan syarikat Singapura di pasaran global.



Ia juga merancang mewujudkan sehingga 30 peranan pekerjaan baru, termasuk pengkaji dan saintis XM, arkitek perniagaan dan pengamal rantaian bekalan digital, sambil membantu menarik syarikat tempatan dan antarabangsa untuk mendorong inovasi.



Syarikat seperti Qualtrics membangunkan sofwe dan alat lain yang membantu perniagaan menarik pelanggan yang kekal setia dan membeli lebih banyak, mendekati pekerja untuk membina budaya yang positif, membangunkan dan memperbaiki produk dan membina jenama.



Encik Mao Gen Foo, ketua Asia Tenggara di Qualtrics berkata:



"Untuk membolehkan pertubuhan di Singapura menang dan memimpin dalam pasaran sekarang yang didorong oleh pengalaman, kita perlu meningkatkan kesedaran tentang kesan yang boleh ditinggalkan XM, di samping meningkatkan kapasiti, sumber dan keupayaan untuk memacu inisiatif sebegitu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >