Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat baru lindungi kanak-kanak dibuka di Bedok

Penuhi keperluan meningkat jumlah kes dera kanak-kanak, yang capai paras tertinggi pada 2020 - tertinggi dalam 10 tahun
Mar 22, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH pusat pakar perlindungan kanak-kanak baru di Bedok telah dibuka untuk memenuhi keperluan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak, yang mencapai paras tertinggi pada 2020.



Ia merupakan paras tertinggi dalam 10 tahun.



Pusat baru itu, yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), akan memberi khidmat kepada kira-kira 300 keluarga, kebanyakannya di daerah timur laut dan timur Singapura.



Ditubuhkan program Big Love di bawah badan amal Montfort Care, pusat itu merupakan salah satu daripada empat pusat seumpamanya di Singapura yang menangani kes perlindungan kanak-kanak, yang kesemuanya disokong MSF.



Selain pusat-pusat itu, kementerian itu juga mempunyai Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak tersendiri.



Pandemik Covid-19, yang melanda Singapura pada awal 2020, telah memaksa sebahagian keluarga mudah terjejas untuk hidup dalam keadaan yang sempit, meningkatkan peluang untuk konflik, kata pengarah Big Love, Encik Desmurn Lim dalam laporan The Straits Times.



Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak MSF telah menyiasat 1,313 kes tahun itu, satu peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding 1,088 kes pada 2019.



Kes penderaan fizikal sebanyak 677, merangkumi sebahagian besar siasatan pada 2020, walaupun kes pengabaian mengalami kenaikan paling mendadak, daripada 218 pada 2019 ke 375 pada 2020.



Pusat di Bedok itu merupakan yang kedua ditubuhkan Big Love. Ia membuka pusat pertamanya di Toa Payoh pada 2013.



Big Love, yang dibiayai MSF, menangani kes keprihatinan perlindungan kanak-kanak yang sederhana, seperti keluarga yang menghadapi tekanan kewangan dan emosi pada tahap tinggi.



Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak kementerian itu menangani kes yang lebih serius, seperti ibu bapa yang gagal menyediakan penjagaan perubatan, pakaian atau makanan yang mencukupi bagi anak-anak mereka, atau dengan sengaja menyebabkan kecederaan serius ke atas mereka.



Encik Lim berkata trend penderaan kanak-kanak yang meningkat mungkin disebabkan kesedaran awam yang meningkat, menyusuli kempen, iklan dan penubuhan Talian Bantuan Anti-Keganasan Nasional tahun lalu - talian bantuan 24 jam untuk orang ramai melaporkan keganasan keluarga, serta kes penderaan dan pengabaian.



Menyentuh tentang kenaikan dalam kes penderaan kanak-kanak sewaktu pandemik, Encik Lim berkata:



"Apabila ahli keluarga dapat ke sekolah atau pejabat, terdapat sedikit penjarakan yang mewujudkan sayang yang lebih sedikit terhadap satu sama lain, tetapi jika anda kurungkan semua dalam isi rumah yang sama, ketika itulah isu dan ketegangan timbul."



Namun beliau menambah bahawa pandemik hanya memperdalam sumber tekanan yang sedia ada.



Walaupun tanpa pandemik, orang ramai masih mengalami tekanan yang boleh membawa kepada isu kesihatan mental, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >