Pusat baru maritim pantau, tangani serangan siber
Bermatlamat perkukuh kedudukan keselamatan siber maritim S'pura dan persediaan pertahanan siber
May 17, 2019 | 05:30 AM
SEBUAH pusat baru bagi memantau dan mengesan serangan siber maritim telah dilancarkan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) semalam.
Pusat Operasi Keselamatan Siber Maritim (MSOC) itu bertujuan memperkukuh kedudukan keselamatan siber maritim Singapura dan mempertingkat persediaan pertahanan siber, ujar MPA dalam kenyatannya semalam.