Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Pusat baru tangani ancaman pengganasan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pusat baru tangani ancaman pengganasan

Jun 30, 2019 | 06:15 PM

SEBUAH pusat perintah baru Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan ditubuhkan menjelang hujung tahun ini sedang Singapura terus bersedia menghadapi peralihan titik tumpuan serangan pengganas dari Timur Tengah ke rantau ini.

Berkata demikian dalam satu wawancara dengan media menjelang Hari SAF yang jatuh pada 1 Julai esok, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata pusat itu akan membolehkan Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF) menjalankan operasi perintah dan kawalan dalam kejadian pelbagai serangan di pelbagai tempat.

Dinamakan Pusat Perintah Operasi Khas (SOCC), ia akan terletak di Kem Hendon di Old Pier Road.

Dr Ng turut menarik perhatian bahawa Singapura menjadi antara tempat tumpuan sedang titik tumpuan serangan pengganas itu beralih dari Iraq dan Syria ke tempat lain.

Oleh itu, beliau berkata Singapura harus menangani ancaman itu dan bersiap sedia menghadapinya.

Bagi SAF, ini bermakna tumpuan lebih besar pada latihan dan SAF juga sedang berusaha membentuk semula unit memerangi pengganasan mereka.

Malah, lebih ramai askar sedang dilatih dan diberi pendedahan, katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3