Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

Pusat Borong Pasir Panjang ditutup tiga hari selepas kes Covid-19 dikesan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pusat Borong Pasir Panjang ditutup tiga hari selepas kes Covid-19 dikesan

Sep 26, 2021 | 03:39 PM

Pusat Borong Pasir Panjang akan ditutup mulai Isnin (27 Sept) hingga Rabu untuk kerja-kerja pembersihan dan penyahjangkitan selepas kes Covid-19 dikesan dalam kalangan pekerja dan pelawat. 

Penutupan sementara itu dijangka menjejas bekalan buah-buahan dan sayuran kerana pusat itu menguruskan sekitar 30 peratus daripada import buahan dan 50 peratus import sayuran, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Ahad (26 Sept).

Gangguan itu dijangkakan buat masa yang singkat kerana gerai buah dan sayur di pasar basah lazimnya tutup pada Isnin, tambah agensi itu. 

Pusat berkenaan akan dibuka semula pada Khamis. 

Dalam satu pos Facebook, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu menyeru kepada masyarakat supaya tidak terburu-buru membeli buah dan sayur pada tempoh ini dan membeli hanya yang diperlukan kerana bekalan mencukupi untuk semua.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3