Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat budaya pekerja asing Bengali dapat diteruskan hasil derma awam

May 12, 2016 | 12:33 PM



SEBUAH laman derma awam (crowdfunding) berjaya mengumpul kira-kira $4,500 dalam lima hari untuk membantu agar sebuah pusat kebudayaan bagi pekerja asing di sini kekal dibuka.



Gerakan buruh juga telah berkata ia akan memberi bantuan kepada Dibashram, pusat bagi pekerja Bengali, kebanyakan dari Bangladesh, membincangkan puisi, bermain muzik dan menikmati kegiatan kebudayaan lain.



"Kami berterima kasih atas bantuan dan sokongan itu," kata Encik Abdul Khaeer Mohammed Mohsin, yang mengendalikan pusat itu di Little India.



Para dermawan tampil menyusuli laporan akhbar The Sunday Times tentang Dibashram mungkin ditutup pada Jun kerana Encik Khaeer tidak lagi mampu membayar sewa dan air serta elektrik pusat di rumah kedai di Rowell Road itu.



Dalam surat kepada Halaman Forum akhbar The Straits Times, pengerusi Pusat Pekerja Asing, Encik Yeo Guat Kwang, berkata kegiatan Dibashram, yang termasuk pertandingan puisi, pameran fotografi dan perkhidmatan kaunseling, adalah "langkah-langkah positif bagi membantu pekerja di sini mengintegrasikan lebih baik".



Pusat Pekerja Asing merupakan inisiatif Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef).



Encik Yeo berkata beliau akan menghubungi Encik Khaeer tentang cara "membantu meneruskan kerja-kerja baik pusat itu".



Sepanjang lima tahun lalu, Dibashram dibiayai oleh pendapatan pengiklanan sebuah akhbar bulanan Bengali tempatan, Banglar Kantha.



Bagaimanapun, Encik Khaeer, editor akhbar itu, berkata keuntungan terjejas akibat pendapatan pengiklanan. Pada masa ini, pusat itu memerlukan kira-kira $3,000 sebulan untuk beroperasi.



Selepas laporan Sunday Times itu disiar, beberapa pengiklan juga telah menghubungi beliau, kata Encik Khaeer.



"Walaupun ia bukan huraian muktamad, kami bersyukur kerana sokongan yang ditunjukkan penduduk tempatan."



Mereka yang ingin menyumbang boleh melakukannya melalui https://give.asia/movement/please_contribute_to_keep_dibashram_open




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >