Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat di Yishun sedia khidmat urut tangan dan aromaterapi percuma untuk warga tua dan penjaga

Nov 25, 2018 | 04:07 PM



WARGA tua dan penjaga yang tinggal di Yishun berpeluang berehat dan menikmati khidmat urut tangan dan aromaterapi percuma di pusat yang dibuka di Blok 838 Yishun Street 81 hari ini. 



Pusat GoodLife!@Yishun merupakan hab kesejahteraan sehenti dan pusat sumber yang mempunyai kafenya sendiri dan menawarkan kopi dan teh percuma kepada penduduk. 



Dikendalikan oleh badan kebajikan sukarela (VWO) Montfort Care dan disokong oleh masyarakat Nee Soon South, pusat seluas 345 meter persegi itu terletak bertentangan dengan stesen MRT Khatib. 



Sementara menikmati khidmat urut itu, sukarelawan boleh berbual dengan penjaga dan warga tua untuk membantu mereka menghilangkan tekanan dan mendengar isu-isu yang mungkin dihadapi. 



Pusat tersebut dilancarkan sempena Karnival Kesihatan Nee Soon South. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >