Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat dialisis baru di Punggol libatkan pesakit urus rawatan

NKF
Dec 06, 2021 | 05:30 AM



PESAKIT boleh memeriksa degupan nadi dan bacaan tekanan darah mereka sendiri dan menyusun atur alat perubatan sebelum memulakan sesi dialisis di sebuah pusat dialisis baru di Punggol yang dirasmikan semalam.



Pendekatan bertanggungjawab sendiri ini menunjukkan ia mempertingkat hasil kesihatan pesakit kerana mereka terlibat dalam rawatan sendiri, kata Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), yang mengendalikan pusat baru di Oasis Terraces di Punggol itu.



Inisiatif baru itu dipanggil 'penjagaan diri dalam pusat'.



Pesakit lebih aktif dan boleh bergerak memantau tekanan darah dan paras gula dalam darah mereka, dan belajar cara membasuh tangan yang betul sebelum menyiapkan dan menyusun atur alat yang diperlukan bagi dialisis, menurut NKF dalam satu kenyataan.



Selepas pesakit membuka dan menyusun atur alat perubatan, seperti jarum, swab alkohol dan larutan bergaram, jururawat hanya perlu mencucuk jarum dan kanula ke dalam lengan pesakit dan memulakan dialisis.



Pusat dialisis KNF berjumlah 39 dengan pusat baru itu, yang merupakan yang kedua terbesar selepas Pusat Buah Pinggang Bersepadu NKF di Jurong West.



Ia juga pusat dialisis pertama ditempatkan dalam pusat kejiranan generasi baru, seperti Oasis Terraces, yang juga menempatkan Poliklinik Punggol bertentangan pusat tersebut.



Kebanyakan pusat NKF lain terletak di kolong blok flat.



"Lokasi pusat dalam pusat kejiranan bermakna pesakit kami disokong dengan baik dengan akses mudah kepada kemudahan perubatan boleh dimampui, pasar raya, dan kedai makanan dan minuman," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NKF, Encik Tim Oei, semalam.



Pusat itu mempunyai 35 stesen dialisis dan boleh menampung hingga 210 pesakit.



Ia mula beroperasi pada September 2019 dan terdapat 208 pesakit yang menerima rawatan di pusat itu sekarang.



Perasmian pusat itu - dinamakan Pusat Dialisis NKF Disokong Ngiam Kia Hum & Keluarga - pada mulanya dijadualkan pertengahan tahun lalu tetapi ia ditunda disebabkan pandemik Covid-19.



Ia dirasmikan oleh dua Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol - Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, dan Cik Yeo Wan Ling.



Encik Ngiam ialah Pengarah Urusan Haneflex Singapore, sebuah syarikat yang membekalkan peralatan pengendalian bahan api, dan merupakan penderma lama NKF.



Beliau mula mendermakan mesin dialisis 15 tahun lalu dan mahu membantu menubuhkan sebuah pusat dialisis baru bagi yayasan itu.



Encik Ngiam terdorong membantu pesakit ginjal selepas menyaksikan seorang rakan lamanya bertarung dengan penyakit ginjal selama bertahun-tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >