Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat dialisis baru di Toa Payoh West CC

Mar 29, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK Toa Payoh West yang memerlukan rawatan dialisis ginjal kini boleh mendapatkannya dengan mudah berdekatan rumah mereka.



Pusat dialisis Seck Hong Choon-Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) di aras tiga, Kelab Masyarakat (CC) Toa Payoh West dirasmikan oleh Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar Negeri merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, semalam.



Ia pusat dialisis NKF pertama terletak dalam sebuah kelab masyarakat, lapor The Straits Times.



Pusat itu hasil kerjasama antara NKF, Toa Payoh West CC dan Biara Kong Meng San Phor Kark See (KMSPKS), yang menderma $1.4 juta bagi projek itu, meliputi kos ubah elok dan peralatan.



Terdapat 39 pusat dialisis NKF di serata Singapura, kebanyakannya terletak di kolong blok flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Pengerusi NKF, Encik Arthur Lang, berkata pusat baru itu dilengkapi 20 stesen rawatan dialisis dan boleh merawat 120 pesakit.



"Dengan rakyat kita kian menua dan penyakit kronik semakin bertambah, adalah penting warga Singapura mempunyai akses kepada perkhidmatan jagaan kesihatan kekal berpatutan dalam masyarakat," kata beliau.



Seorang pesakit haemodialisis di pusat baru itu, Encik Azman Hamzah, 60 tahun, berkata lokasi pusat tersebut amat mudah buatnya dan perjalanannya ke sana menaiki teksi mengambil masa sekitar lima minit sahaja dari rumahnya di Toa Payoh Lorong 5.



Sebelum ini, beliau sering menerima rawatan di pusat NKF Kim Keat.



Bekas pengendali kren itu, yang merupakan pesakit NKF sejak 2016, berkata:



"Mudah memberitahu pemandu (teksi) lokasi pusat ini, kerana ia terletak dalam sebuah CC, yang merupakan sebuah tanda tempat mudah dikenal pasti.



"Apabila saya memerlukan penjagaan peribadi dan bekalan perubatan, terdapat sebuah kedai menjual bekalan perubatan di aras pertama CC itu."



Encik Lang berkata NKF merancang mendekati masyarakat dengan memperluas usaha jangkauannya mengenai kesihatan ginjal.



Misalnya, memandangkan penduduk sekarang mengunjungi CC itu untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, NKF akan mengadakan sebuah kios berkongsi dengan mereka peri penting mengamalkan gaya hidup sihat dan terus menjaga kesihatan ginjal mereka, ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >