Pusat dialisis NKF bakal dibina di kawasan strategik masyarakat
Antara lain ia bakal dibina di poliklinik, kelab masyarakat bantu pesakit ginjal secara menyeluruh
Apr 06, 2019 | 05:30 AM
LEBIH ramai pesakit ginjal yang menjalani rawatan di pusat dialisis pada masa depan boleh mendapat khidmat sokongan bagi penyakit lain di tempat sama.
Pusat dialisis seterusnya akan dibina di kawasan strategik - seperti di poliklinik atau kelab masyarakat - berdasarkan pelan penjagaan ginjal bersepadu yang telah dimulakan oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), dedah yayasan itu dalam kenyataannya semalam.