Pusat gigi baru $370j bagi penjagaan gigi pakar, pendidikan dan penyelidikan
Jul 06, 2019 | 05:30 AM
PEMBUKAAN pusat gigi nasional baru di Kent Ridge membolehkan lebih ramai pesakit menerima rawatan pakar bersubsidi bagi masalah rumit
Dibina dengan harga $370 juta, Pusat bagi Kesihatan Gigi Universiti Nasional itu kini boleh menampung lebih ramai pesakit - hampir 500 sehari - atau 40 peratus lebih tinggi berbanding empat tahun lalu.