Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Harmoni anjur 'Ikrar Penyair' kepada pekerja asing terjejas Covid-19

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



SASTERA mampu mencerminkan gejolak hati dan berperanan sebagai rakaman sejarah sesebuah masyarakat sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan.



Hari ini, gejolak rasa yang barangkali mengulit jiwa semua ialah pandemik Covid-19 dan kesannya. Fenomena itu menjejas ramai termasuk golongan pelajar dan pekerja asing.



Justeru Pusat Harmoni bertindak menganjurkan kempen Ikrar Penyair.



Kempen itu bermatlamat menzahirkan sokongan dalam bentuk puisi dan kata-kata perangsang kepada pekerja asing yang terjejas dek pandemik Covid-19 dan memasyarakatkan perhubungan silang agama.



Acara Jamuan Persahabatan: Ikrar Penyair, yang diadakan dengan kerjasama Pusat Harmoni dan Gereja Zion Bishan Bible-Presbyterian, berlangsung dari 4.30 hingga 6 petang di Bishan semalam.



Jamuan itu menghimpunkan 50 belia daripada pelbagai fahaman agama dan institusi pengajian tinggi bagi menyokong kesejahteraan mental serta emosi pekerja asing.



Sebanyak 165 ikrar dan buku nota berjaya dikumpul setakat ini. Buku-buku tersebut akan diedarkan oleh kumpulan sastera Penulis Pendatang Singapura (MWS).



Diminta mengulas, pengasas MWS Zakir Hossain Khokan berkata bahawa usaha sebegitu menggembirakan mereka malah penting bagi membina hubungan mesra dalam kalangan penghuni bandar.



"Bagi kami dan negara ini, hala tuju sebegini sangat penting. Saya berharap agar usaha ini boleh diteruskan. Penulisan dalam buku nota ini idea menarik yang mampu menyatukan insan daripada pelbagai latar belakang.



"Hasilnya, kewujudan dan suara pekerja asing menjadi lebih ketara, apatah lagi mereka juga sebahagian daripada masyarakat setempat," ujarnya.



Penolong Ketua Pusat Harmoni, Ustazah Liyana Rosli Asmara, menambah bahawa mereka mahu menyatukan anggota masyarakat berlandaskan matlamat yang baik seraya mencipta dialog tentang isu sedia ada.



"Kami percaya wadah ini mampu membolehkan pekerja asing mengurangkan kesukaran dihadapi, terutama sekali apabila diarah tidak boleh keluar dari asrama akibat Covid-19.



"Selepas ini, kami berharap mereka akan menerbitkan pula karya sastera sendiri pada masa depan," ujar Ustazah Liyana.



Dalam pada itu, kempen Ikrar Penyair telah diadakan sempena Minggu Keharmonian Silang Agama Sedunia.



Konsep Minggu Keharmonian dikenalkan oleh Raja Abdullah II dari Jordan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 23 September 2010.



Usaha itu sering diraikan pada minggu pertama Februari setiap tahun.



Menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Pusat Harmoni menyertai usaha tersebut sejak 2016.



Setakat ini, mereka sudah mendekati lebih 500 individu menerusi pelbagai cara umpamanya kuliah, program menjalin rangkaian hubungan dan kerja kemasyarakatan.



Dalam acara semalam, hadirin dibawa menerokai kawasan gereja sebelum mencoretkan ilham pada lembaran buku nota. Seusainya masa penulisan, mereka makan malam bersama lalu bersurai.



Sebelum ini, pelajar lain yang terlibat merupakan penuntut Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >