Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat hiburan ditutup, acara luar sekolah atau kerja dihadkan 10 orang: MOH

Mar 24, 2020 | 09:00 PM



SEMUA pawagam dan tempat hiburan lain seperti kelab malam, pusat karaoke dan teater akan ditutup mulai Rabu (25 Mac) 11.59 malam hingga 30 April, sedang 49 kes Covid-19 yang baru dilaporkan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (24 Mac).



Ini merupakan langkah paling ketat yang diambil pasukan bertindak berbilang kementerian untuk menangani penularan Covid-19 sejauh ini. 



Menurut kenyataan MOH, semua kelas tuisyen dan pengayaan diadakan di pusat juga akan digantung buat sementara waktu untuk mengurangkan pelajar dari sekolah yang berbeza bercampur di tempat yang sama.



Sementara itu, semua perhimpunan agama juga akan dibatalkan buat masa ini.



Namun, tempat ibadah seperti masjid, gereja dan kuil boleh dibuka bagi mereka yang ingin beribadah secara sendirian, tidak melebihi 10 orang pada satu masa.



Pusat membeli-belah, muzium, dan restoran pula, harus mengurangkan had jumlah pengunjung untuk terus beroperasi.



Sementara itu, semua penduduk Singapura yang pulang dari Britain atau Amerika Syarikat mulai Rabu (25 Mac) 11.59 malam perlu menghinap di hotel untuk menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari, 



Mereka yang melanggar SHN itu boleh didenda kurang $10,000, dipenjara selama kurang enam bulan atau kededuanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >