Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat inovasi di Shenzhen dilancar NCS demi bantu transformasi digital

NCS
Jan 19, 2021 | 05:30 AM



DEMI memperluas operasinya di China, syarikat teknologi setempat NCS telah melancarkan Pusat Inovasi Shenzhen NEXT (SIC) untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi menyesuaikan diri dengan transformasi digital.



Pelancaran pusat tersebut semalam merupakan sebahagian daripada strategi NCS untuk memperluas khidmatnya di pasaran China dan memberikan pelanggan serantau akses langsung kepada teknologi dan kepakaran terkini.



Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan turut hadir sebagai tetamu terhormat acara pelancaran itu yang diadakan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands.



Pusat yang terletak di Taman Awan Tian'an di Shenzhen antara lain akan menumpukan kepada pembangunan aplikasi Internet Benda atau Internet of Things (IoT) yang memanfaatkan teknologi 5G dan juga penyelesaian blockchain.



Ketua Pegawai Eksekutif NCS, Encik Ng Kuo Pin, berkata pusat tersebut menunjukkan komitmen syarikat tersebut untuk membantu pelanggan mereka di Asia Pasifik memanfaatkan inovasi digital terbaik untuk terus maju, terutama sekali dalam dunia pasca Covid-19.



"SIC membentuk sebahagian daripada Segi Tiga Inovasi NEXT NCS, di mana pelanggan kami boleh memanfaatkan keupayaan inovasi NCS di Singapura, Melbourne dan Shenzhen untuk menggunakan teknologi terbaik, keupayaan digital dan bakat dalam bidang teknologi merentas sempadan.



"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi kami untuk membina ekosistem inovasi rentas sempadan yang dapat memudahkan pertukaran idea dan pengalaman," katanya.



Tambahnya, ia juga memberikan wadah bagi warga Singapura mendapat pendedahan kepada landskap inovasi China.



NCS merupakan cabang Singtel Group yang menyediakan penyelesaian ICT untuk membantu pemerintah dan perusahaan dalam memanfaatkan teknologi dan inovasi.



Seluas 1,400 meter persegi, SIC merangkumi studio dan kilang digital.



Pelanggan boleh bekerjasama dengan pasukan pakar NCS untuk membangunkan projek digital dalam membangunkan perniagaan dan prestasi mereka.



Ia bertujuan untuk membina ekosistem inovasi digital bagi pelanggan, rakan kongsi dan syarikat 'start-up' dalam bidang teknologi.



Sejak ditubuhkan sebagai zon ekonomi pertama China, Shenzhen dibentuk sebagai hab inovasi dan pelaburan.



NCS akan bekerjasama dengan rakan kongsi dan pelanggan di Singapura dan China untuk memulakan inisiatif yang tertumpu kepada inovasi digital.



Salah satu rakan kongsi SIC, DBS, merancang untuk menggunakan pusat inovasi itu untuk mencuba inovasi baru menggunakan teknologi seperti 5G untuk mempermudahkan kerjasama rentas sempadan dan mempermudahkan aliran perniagaan.



Ketua Pegawai Maklumat Kumpulan dan Ketua Teknologi dan Operasi Kumpulan DBS, Encik Jimmy Ng, berkata pusat tersebut penting untuk membantu syarikat yang ingin memperluas perniagaan mereka di China.



"Inovasi merupakan faktor utama yang mendorong pertumbuhan dan pemulihan ekonomi dalam norma pasca Covid-19, dan penting untuk syarikat menggunakan keupayaan rakan kongsi dan rangkaian ekosistem untuk menambah kepada sumber teknologi dan membina rangkaian bekalan.



"DBS berada dalam kedudukan unik untuk menawarkan keupayaan digital dan kewangan serta maklumat serantau untuk memberi sokongan kepada syarikat di kededua negara untuk membangunkan perniagaan mereka sementara aktiviti perdagangan antara Singapura dan Shenzhen bertambah," katanya.




''Pusat Inovasi Shenzhen NEXT (SIC) membentuk sebahagian daripada Segi Tiga Inovasi NEXT NCS, di mana pelanggan kami boleh memanfaatkan keupayaan inovasi NCS di Singapura, Melbourne dan Shenzhen untuk menggunakan teknologi terbaik, keupayaan digital dan bakat dalam bidang teknologi merentas sempadan. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi kami untuk membina ekosistem inovasi rentas sempadan yang dapat memudahkan pertukaran idea dan pengalaman.''
- Ketua Pegawai Eksekutif NCS, Encik Ng Kuo Pin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >