Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat jagaan bagi kanak-kanak berkeperluan khas disambut baik

Sep 06, 2019 | 03:32 PM



SEBAGAI pengasuh utama kepada anak yang mempunyai kelewatan perkembangan global (GDD), iaitu suatu keadaan di mana perkembangan fizikal dan kognitifnya tertangguh, Cik Ruhama Halimi, 47 tahun, sangat bersyukur dengan pembukaan pusat penjagaan Minds Raintree.



Minds Raintree merupakan sebuah pusat penjagaan selepas sekolah untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas, yang dibuka secara rasmi pada Khamis (5 September). 



Ia terletak di dalam kawasan sekolah Minds Woodlands Gardens School.



Walaupun ia dibuka secara rasmi pada Khamis, pusat penjagaan itu sudah beroperasi sejak 2 Januari lalu. 



Pusat penjagaan itu dikendalikan oleh Persatuan Terencat Akal Singapura (Minds), dan mempunyai 23 pelajar di bawah jagaannya.



Menurut laporan akhbar The Straits Times (ST), selain menyediakan penjagaan sebelum dan selepas sekolah untuk kanak-kanak berkeperluan khas daripada umur tujuh hingga 18 tahun, Minds Raintree turut menyesuaikan program pembelajaran kepada keperluan mereka - daripada program memasak dan seni, hingga kemahiran berfikir secara kritikal.



Menurut Timbalan Ketua Eksekutif Minds Raintree, Cik Koh Gee May, program pendidikan dan pengayaan pusat penjagaan tersebut dirancang untuk melengkapkan kurikulum berstruktur di sekolah Minds Woodlands Gardens School, sekaligus memperkuat kemahiran dan pengetahuan yang diajar di sekolah.



Kata Cik Ruhama, yang juga bekerja sebagai seorang pustakawan sekolah, dan mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 14 tahun: "Bukan senang untuk menjaga kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas, dan penjaga boleh menjadi stres, terutamanya ibu tunggal."



Selepas anak lelakinya, Iqbal Syabil, 12 tahun, juga pelajar di Minds Woodlands Gardens School, mula menghadiri pusat jagaan itu dari Februari, Cik Ruhama mengatakan bahawa beliau mempunyai lebih banyak masa untuk berehat dan menumpukan perhatian pada kerjanya.



Minds Raintree adalah pusat penjagaan yang pertama oleh Minds.



Ia merupakan pusat penjagaan keenam di Singapura untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas.



Pusat penjagaan yang lain bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas termasuk Pusat Penjagaan Kanak-kanak Persatuan bagi mereka yang Berkeperluan Khas di Ang Mo Kio.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >