Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Jantung Nasional rawat 37 ribu pesakit sejak beroperasi

Sep 25, 2014 | 06:26 PM



PUSAT Jantung Nasional Singapura (NHCS) telah merawat 37,000 pesakit luar yang mengalami masalah jantung sejak ia mula beroperasi Mac lalu.


Pusat setinggi 12 tingkat dan seluas 50,000 meter persegi itu antara lain dilengkapi tiga bilik pembedahan dan sebuah Unit Inap Sementara dengan 24 katil bagi pesakit jantung yang menjalani prosedur atau pembedahan siang, seperti angiografi koronari.


Bangunan yang terletak bertentangan dengan Blok 4 Hospital Besar Singapura (SGH) itu dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, tadi selepas menjalani kerja peningkatan sejak 2010.


Dalam ucapannya, Encik Lee berkata pusat spesialis, seperti NHCS, adalah komponen penting dalam sistem penjagaan kesihatan Singapura.


Oleh itu, pusat-pusat sedemikian harus sentiasa dipertingkat agar dapat terus menawarkan penjagaan bermutu tinggi kepada pesakit yang memerlukan penjagaan khusus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >